Friday, April 24, 2015

22 APRIL... SAMBUTAN HARI BUMI

Pada 22 April 2015, seluruh penduduk dunia memperingati Hari Bumi (Earth Day). Sambutan Hari Bumi pada setiap tahun bertujuan untuk menunjukkan sokongan dan komitmen atas perlindungan alam. Peringatan Hari Bumi pertama kali berlangsung tahun 1970, sebagai hasil inisiatif seorang aktivis perdamaian John McConnell, yang diusulkannya pada konvensyen UNESCO pada tahun 1969. Selepas itu, seorang senator Amerika Syarikat bernama Gaylord Nelson turut mengajukan usul untuk peringatan Hari Bumi. Pada awalnya peringatan Hari Bumi ini hanya berlangsung di Amerika Utara, tetapi mulai tahun 1990 peringatan ini tersebar ke seluruh dunia. Sebanyak 141 negara mengambil bahagian dalam sambutan tersebut. 
Acara tahunan pada setiap 22 April ini diadakan dengan matlamat untuk memberi kesedaran, sokongan, kecintaan dan keprihatinan penududk bumi bagi memelihara dan memulihara alam sekitar dan bumi. Hari Bumi ini disambut oleh lebih daripada 192 buah negara dibawah kelolaan Earth Day Network

Tema sambutan peringatan Hari Bumi Tahun 2015 ini idalah “It’s Our Turn to Lead”. Tema ini bertujuan mengajak para pemimpin dunia untuk berkomitmen dalam pelestarian lingkungan hidup.

No comments: