Thursday, September 12, 2013

RAKAN ALAM SEKITAR


Latarbelakang

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif merangka satu program baru iaitu Rakan Alam Sekitar yang dibentuk bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat di setiap kawasan Parlimen dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta membantu membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan dan mencemarkan alam sekitar.
Pogram RAS adalah berbentuk ‘community based’ dan ‘hands-on’; melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, NGOs serta juga pihak-pihak industri atau swasta tempatan. Ianya merupakan satu program out-reach yang dijalankan mengikut kawasan Parlimen.
Rakan Alam Sekitar adalah saluran yang tepat untuk meningkatkan keberkesanan aduan kerana dengan penglibatan masyarakat tindakan yang segera dapat diambil sewajarnya oleh agensi kerajaan yang berkenaan.
Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan jayanya pada 4 Jun 2009 bersempena dengan World Environment Day 2009 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor.

Objektif

Objektif Rakan Alam Sekitar adalah:
  1. Memberikan kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat.
  2. Menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.
  3. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan.

Konsep

Penerangan Logo / Simbol
Harmoni simbol Bumi, Manusia dan ekosistem dalam setitik embun yang melambangkan alam sekitar lestari adalah tonggak program. Warna Biru melambangkan kedamaian.
Simbol Warga
Keluarga/Masyarakat
Peranan unit keluarga/masyarakat yang bersatu padu dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Dedaun
Dedaun
Dedaun dalam dwi-warna hijau melambangkan ekosistem dan kesegaran flora.
Jalinan Pelangi
Jalinan Pelangi
Jalinan warna-warni pelangi melambangkan keceriaan alam maya dan kesejahteraan hidup.
Nama Kelab
Nama Kelab
Nama program melambangkan ketegasan bagi merealisasikan program.

Ikrar RAS

Ikrar :
Bahawa Kami Ahli Rakan Alam Sekitar
Membuat Ikrar Di Sini
Akan Menjalankan
Tugas- Tugas Sukarelawan Ini
Dengan Sepenuh Hati
Ke Arah ini Kami Akan :-
Menjadi Mata Dan Telinga
Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Yang Bertanggungjawab
Dalam Membenteras Kegiatan-Kegiatan Yang Merosakkan
Atau Mencemarkan Alam Sekitar 5
Kami juga Akan Menjadi Penggerak Utama
Kepada Program- Program Serta Kempen- Kempen
Kesedaran Alam Sekitar Di Kawasan Kami
Untuk Memberikan Kesedaran Alam Sekitar
Kepada Semua Lapisan Masyarakat,
Untuk Bertindak Dan Mengambil Bahagian
Menjaga Alam Sekitar
Yang Kita Kongsi Bersama ini
Semoga Tuhan Memberkati Usaha Ini

Golongan Sasaran

Golongan sasaran :
  1. Pemimpin masyarakat
  2. Penduduk setempat
  3. NGOs
  4. Sektor swasta
  5. Ahli-ahli akademik
  6. Golongan belia
  7. Pelajar-pelajar sekolah dan universiti

Program/Aktiviti RAS

Aktiviti-aktiviti Rakan Alam Sekitar meliputi pelaporan kes-kes pencemaran dan kerosakan alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk tindakan, program mencegah dan mengawal pencemaran, memperindahkan kualiti alam sekitar (the enhancement of environment) dan kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar.
Antara program/ aktiviti Rakan Alam Sekitar yang telah dijalankan ialah aktiviti pemantauan pencemaran, pembersihan pantai, kitar semula buangan, pengkomposan, penanaman pokok, pemuliharaan air tasik dan tanah gambut, River Ranger dan lain-lain.

No comments: