Sunday, November 27, 2011

Yaqut Al-Hamawi - Tokoh Ensiklopedia Geografi

Siri Tokoh Cendekiawan Islam Buku 33: Yaqut Al-Hamawi - Tokoh Ensiklopedia Geografi

PENULIS / PENYELENGGARA: Sulaiman Fayyad
PENTERJEMAH: Muhammad Fauzi Jumingan
PENERBIT: DBP
NO. KK: 910 991361
ISBN: 9836226270
TAHUN TERBITAN: 2003
HALAMAN: 36

Yaqut al-Hamawi merupakan seorang ilmuwan Islam yang hidup dalam dua kurun, iaitu kurun ke-6 dan ke-7 Hijrah bersamaan kurun ke-11 dan ke-12 Masihi. Ayahnya berbangsa Arab; ibunya pula Rom. Yaqut pernah menghasilkan karya dalam bidang sejarah, sastera, salasilah keturunan dan biografi sasterawan. Yaqut merupakan orang pertama di dunia yang menghasilkan ensiklopedia dalam bidang geografi sesebuah tempat dan penduduk di kawasan tersebut yang merangkumi sistem sosial, kebudayaan, pertanian, perniagaan dan kraf tangan mereka. Ensiklopedia tersebut banyak menyimpan khazanah Islam daripada pupus. Kisah tokoh yang menjadi kebanggaan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

1 comment:

the sun daily said...

hope u will peace...visit my website the-sun-daily.com