Tuesday, November 29, 2011

Buku MINDA LESTARI : PEMBANGUNAN NEGARA DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


MINDA LESTARI : PEMBANGUNAN NEGARA DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR (KULIT LEMBUT) Author: Zaini Ujang Publisher: Penerbit UTM Press • 2009 • ISBN 978-983-52-0500-2 • 410 pages • 0.0 kg • Edition 1
Harga : RM 55.00 ( Kulit Lembut ); RM 69.00 ( Kulit Keras )

Sinopsis :

Minda Lestari menyediakan bahan segar bagi tatapan golongan pencinta alam dan mereka yang prihatin terhadap pelestarian alam sekitar. Masyarakat umum boleh menjadikan Minda Lestari ini sumber rujukan penting, kerana penulisnya bukan sahaja membicarakan soal isu dan kaedah penyelesaian secara yang mudah difahami, bahkan lebih dari itu, penulisnya juga menyelitkan unsur-unsur idealisme, kerangka dan cara berfikir selari dengan inisiatif pelestarian alam sekitar dalam pelbagai dimensi dan perspektif.

Minda Lestari merungkaikan maksud serlahannya tentang pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan yang cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.

Minda Lestari juga berkaitan dengan pemikiran atau minda kelas pertama. Memupuk minda kelas pertama juga adalah salah satu teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Minda kelas pertama bermakna pemikiran dan sikap yang progresif, maju dan proaktif yang membentuk budaya dan amalan hidup yang berkualiti yang setanding dengan bangsa dan negara maju.

Minda Lestari turut menjawab persoalan-persoalan alam sekitar secara tuntas. Minda Lestari bukan buku teks, sebaliknya rantaian gagasan idea yang diungkapkan mengikut perkembangan isu semasa dan keperluan masyarakat. Malah Minda Lestari juga adalah catatan peristiwa yang dilalui penulis dalam konteks sumbangan kecil memajukan pemikiran dan gaya hidup selari dengan pelestarian pembangunan dan alam sekitar.

“Minda Lestari membahaskan pelbagai isu saintifik dengan mengemukakan hujah bernas, pandangan yang sentiasa menarik dan bersifat komparatif.”

Dato’ Sri Mohd Najib

“Penulis bukan sahaja berjaya membahaskan isu alam sekitar dalam konteks pembangunan negara, malah menghayati bidang secara fitrah, akliah dan amalan untuk dijadikan panduan seluruh pembaca. Mendalam dan meyakinkan.”

Dato’ Hassan Malek
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri

“Sebagai pakar bidang dan penulis prolifik, penulis berjaya mengadunkan isu alam sekitar dan aspek perundangan serta pengurusan dalam satu kerangka pemikiran yang mantap. Buku ini perlu dibaca oleh semua profesional dan mereka yang prihatin terhadap alam sekitar.”

Tan Sri Ir. Zaini Omar
Pengerusi
Suruhanjaya Pengurusan Air Negara

“Satu-satunya siri penulisan mengenai asas pemikiran dan gaya hidup lestari ke arah pembentukan Malaysia sebagai negara maju yang aman, sejahtera, bersih dan bebas daripada segala bentuk pencemaran. Tahniah!”

Dato’ Ir. Dr. Abu Bakar Jaafar
Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar (1990–1995)

“Minda Lestari menyediakan kerangka pemikiran dan gaya hidup mesra alam dan mesra pembangunan. Buku ini wajar dijadikan bacaan wajib semua pencinta alam dan warga prihatin terhadap pembangunan lestari.”

Profesor Dr. Zulkipli Yusop
Pengarah
Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA)
Universiti Teknologi Malaysia

Sumber bahan : http://www.booksonline.my/index.jsp?pageid=publicBook&type=BOOK&b_id=704

No comments: