Sunday, November 27, 2011

Buku Maklumat Keluasan dan Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau di Malaysia


Pengenalan Buku Maklumat Keluasan & Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau-Pulau di Malaysia merupakan produk baru yang diterbitkan oleh JUPEM pada tahun 2005. Buku ini mengandungi maklumat lengkap keluasan dan jarak keliling negeri-negeri, daerah-daerah serta pulau-pulau yang terdapat di perairan Malaysia. Selain itu ia juga memaparkan lokasi pulau-pulau dengan rujukan koordinat geografi. Buku ini adalah sesuai untuk dijadikan sumber rujukan geografi yang komprehensif untuk diguna pakai oleh pelbagai peringkat masyarakat bagi tujuan penyelidikan, perancangan, pendidikan dan sebagainya. ;
Liputan: Malaysia
Tahun: 2006
Harga: RM20.00
Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui JUPEM Geoportal.

No comments: