Wednesday, October 26, 2011

Buku Pendidikan Alam Sekitar

Kepesatan pembangunan khususnya di Malaysia menerusi pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat dan proses pembandaran yang semakin berkembang di seluruh negara semenjak beberapa dekad yang kebelakangan ini telah mencetuskan perubahan yang ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia. Keadaan ini berlaku apabila manusia itu sendiri tidak meletakkan pertimbangan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan sewajarnya di dalam melaksanakan setiap projek pembangunan yang diamanahkan oleh kerajaan.

Rentetan dari itu, aspek pengurusan dan pendidikan alam sekitar menjadi satu bidang yang penting dalam kehidupan mutakhir ini memandangkan banyak isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan oleh semua pihak. Perkembangan ini juga telah mempamerkan keprihatinan masyarakat terhadap isu dan persoalan persekitaran. Justeru, subjek Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses untuk megenalpasti nilai dan konsep semulajadi yang terdapat pada seseorang agar ia dapat memahami dan mengakui tentang wujudnya pertalian rapat antara manusia dan biofizikal di sekelilingnya. Ia melibatkan pengajaran mengenai kebolehan menilai dan berfikir tentang hubungan dinamik antara manusia dan alam sekitar. Pendidikan Alam Sektar merupakan usaha-usaha untuk menjayakan matlamat pengawalan alam sekitar. Ia bukan merupakan cawangan ilmu sains yang bersendirian sebaliknya ia merupakan satu prinsip pendidikan jangka masa yang berinteraksi.

ISBN : 983-43277-0-6

Harga : RM 15.00

Pernerbit : Eulogic Sdn Bhd

2 comments:

Muslimat Annisa' said...

tahun bila buku ni diterbitkan?

cmass said...

Asslamualaikum
saya berminat untuk mendapatkan buku Pendidikan Alam Sekitar dan isu-isu alam sekitar..