Wednesday, October 26, 2011

Buku Isu-Isu Alam Sekitar

Penulisan artikel isu-isu alam sekitar adalah satu proses untuk menyedarkan dan mengenalpasti nilai serta konsep semulajadi yang terdapat pada seseorang agar ia dapat memahami dan mengakui tentang wujudnya pertalian rapat antara manusia dan biofizikal di sekelilingnya. Ia melibatkan pengajaran mengenai kebolehan menilai dan berfikir tentang hubungan dinamik antara manusia dan alam sekitar.

Buku Isu-Isu Alam Sekitar merupakan satu usaha untuk menjayakan matlamat pengawalan alam sekitar. Alam sekitar juga merupakan cawangan ilmu sains yang tidak bersendirian sebaliknya ia merupakan satu prinsip pendidikan jangka masa yang berinteraksi.

Secara amnya, tujuan diwujudkan buku ini ialah untuk:

1. Mendedahkan kepada manusia, murid dan guru tentang dunia berfungsi khasnya perkaitannya dengan manusia.

2. Menyemaikan dan meningkatkan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar.

3. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar-pelajar.

ISBN : 978-983-43620-2-7

Harga : RM 15.00

Penerbit : Edulogic Sdn Bhd

No comments: