GEOGRAFI merupakan satu cabang sains yang menerangkan dan mengkelaskan ciri-ciri fizikal dan budaya bumi termasuklah fenomena-fenomena semula jadi dan ciptaan manusia di muka bumi. Geografi juga meliputi kajian tentang ciri-ciri fizikal bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, hasil-hasil keluaran, penduduk, kegiatan manusia, ciri-ciri kebudayaan serta taburan masing-masing.
Sila rujuk :
Ensiklopedia Wikipedia,
Wikipedia Encylopedia, Portal Geografi

Saturday, February 26, 2011

Altimeter


Altimeter merupakan alat yang digunakan untuk mengukur ketinggian sesuatu tempat. Alat ini menggunakan prinsip kerja tekanan udara (barometrik), iaitu setiap ketinggian memiliki lapisan udara dan tekanan yang berbeza-beza. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk altimetri di pasaran, termasuklah dalam bentuk jam tangan.

Selain itu ketinggian juga boleh diukur dengan menggunakan satelit altimetri dan juga satelit GRACE.

0 comments: