Thursday, October 7, 2010

Ulasan Buku

Ulasan Buku

Big Image

Geografi dan Alam Sekitar dalam Pendidikan Negara

Buku ini membincangkan peranan geografi dan alam sekitar dalam pendidikan negara. Buku ini memuatkan 21 bab semuanya yang dibahagikan kepada dua bahagian utama; iaitu bahagian pertama berkaitan dengan geografi dalam pendidikan negara manakala bahagian kedua menghuraikan peranan alam sekitar dalam pendidikan negara. Antara tajuk yang dibincangkan secara terperinci ialah pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran geografi, kemahiran kritis dalam geografi, dan kebolehan ruangan dan penguasaan kemahiran peta. Buku ini turut memberi ulasan tentang pengambilan mata pelajaran geografi di peringkat sijil pelajaran Malaysia dan sijil tinggi pelajaran Malaysia serta keperluan penterjemahan buku dalam bidang geografi. penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, sistem maklumat geografi, dan Internet dalam mata pelajaran geografi turut dijelaskan dalam buku ini. Buku ini turut membincangkan pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran geografi di sekolah dan pengajian alam sekitar di institusi pengajian tinggi. Ulasan terhadap keperluan pendidikan berterusan, peranan undang-undang, dan kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar turut dimuatkan dalam buku ini. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi tenaga pengajar dan pelajar yang mengambil kursus kaedah pengajaran geografi dan isu-isu serta kurikulum geografi.

Pengarang: Mazdi Marzuki & Mohmadisa Hashim (Peny)
• 2006 • ISBN 983-2620-69-4 • RM55.00

Ulasan lanjut : http://penerbit.upsi.edu.my/website_e-book/buku_wall/2006/geografi_dan_alam.html

No comments: