Sunday, February 15, 2009

Ketinggian Gunung Kinabalu



Berapakah ketinggian Gunung Kinabalu? Kalau ditanya kepada pelajar tingkatan 1, mereka akan menjawab 4101 meter. Itulah fakta yang diajar oleh guru geografi di sekolah berdasarkan buku teks. Walau bagaimanapun buku teks "Geografi Tingkatan 1" yang ditulis oleh Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling dan Kang Chai Yoeng terbitan Media Network Sdn Bhd (2002 ) yang digunakan di Selangor mencatatkan 2 fakta yang berbeza. Pada muka surat 53, dicatatkan ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4104 m, manakala pada muka surat 54 pula ialah 4101 m.
Guru geografi juga akan menyatakan Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.


Persoalannya. BETULKAH FAKTA itu?
Sedikit rujukan telah dibuat.
1. Buku Malaysia Official Year Book 2005 (m.s 44 - 45 ) - mencatatkan ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4095.2 meter dan merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
2. Dalam Enseklopedia Wikipedia mencatatkan ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4095 meter dan merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
3. Laman web Kinabalu Blog mencatatkan ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4095 meter dan merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
4. The Columbia Encyclopedia, Sixth Edition (2008) yang dipetik dari laman web encyclopedia.com yang mencatatkan yang ketingguan Gunung Kinabalu ialah 4101 meter atau 13,455 kaki.
5. Kesimpulannya : Ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4095.2 meter. Ini berdasarkan kepada beberapa bahan bukti sepertimana yang dinyatakan dalam laman web
"In 1997, a re-survey using satellite technology established its summit (known as Low’s Peak) height at 4,095 metres (13,435 ft) above sea level, which is some 6 metres (20 ft) less than the previously thought and hitherto published figure of 4,101 metres (13,455 ft). The mountain is the fourth tallest in Southeast Asia behind Hkakabo Razi of Myanmar (5,881 m), Puncak Jaya (4,884 m) and Puncak Trikora (4,750 m) of Papua, Indonesia, and is therefore also the tallest in Malaysia and on the island of Borneo, which Malaysia shares with Indonesia and Brunei." http://www.pbase.com/boon3887/trekking_mt_kinabalu

Selain itu sijil pendakian yang dikeluarkan oleh Kinabalu Park kepada pendaki-pendaki gunung Kinabalu juga menunjukkan ketinggian 4,095.2 meter.





No comments: