Sunday, February 1, 2009

Falsafah Geografi


Geografi adalah satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.
Di samping itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.
Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyai saling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.
Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adalah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semula jadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:
Geografi sebagai satu sintesis
Geografi sebagai satu pandangan
Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.
Oleh sebab itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.
UNESCO (1956) mendifinasikan geografi sebagai:
satu agen sintesis
satu kajian perhubungan ruang
sains dalam penggunaan tanah

John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.
Sumber rujukan : http://www.sabah.net.my/juipri/falsafah.htm

No comments: